Powered by Blogger.

Popular Posts

RSS

بسم الله الرحمن الرحيم

Mukhtarol Hadits


Hadith 39
Hadith 39 - Farqun maa bainanaa wa bainal musyrikinal ‘amaa-ima ‘alal qalaanis (Rawahu Abu Daud)
Maksud Hadith - "Perbezaan di antara kita (kaum muslim) dan kaum musyrikin ialah dengan memakai serban di atas songkok."

Hadith 40
Hadith 40 - Qalallahu ta’ala: Ana ‘inda zhan ‘abdi bi falyazun bii maa sha-a (Hadithun Sahih Rawahu Hakim)
Maksud Hadith - "Firman Allah Ta’ala: Aku ini di sisi (dekat) orang yang zhan (seorang hamba yang bersangka) padaku, maka perelokkanlah zhan kamu padaku dalam apa-apa perkara(di antara waktu-waktu yang mustajab du’a)."

Hadith 41
Hadith 41 - Qulhu wallahu ahad, ta’dilu thuluthul quran (Rawahu Bukhari)
Maksud Hadith - "Qulhu wallahu ahad itu menyamai satu pertiga Quran."

Hadith 42
Hadith 42 - Kafa bil mar-i kazhiban an-yahdatha bikulli ma sama’ (Rawahu Muslim)
Maksud Hadith - "Cukuplah dengan seorang lelaki itu dikira sebagai pembohong dgn menceritakan apa yang didengarinya (tanpa ada bukti)"

Hadith 43
Hadith 43 - Kalimataani hafifataani ‘alal lisaani thaqilataani fil mizan habibitaani ilal rahman: Subhanallahi wabihamdih, Subhanallahil ‘aZim (Rawahu Bukhari wa Muslim)
Maksud Hadith - 2 Kalimah yang ringan di lidah tetapi berat di timbangan (al-mizan) dan dicintai Allah Yang Maha Pengasih: Maha Suci Allah dan segala puji bagiNYA, Maha Suci Allah Yang Maha Agung

Hadith 44
Hadith 44 - Likulli syai-in Safwatu waSafwatus Salaati at-takbiratul uu-la (Hadithun hasan Rawahu Al-Baihaqi)
Maksud Hadith - "Setiap sesuatu itu ada yang paling baik (mutiara), dan yang paling baik dalam solat ialah takbir di awal (takbiratul ihram bersama Imam)."

Hadith 45
Hadith 45 - Laukaanatid dun-ya ta’dilu ‘indallahi janaaha ba-’udhatin maa saqa kaafira minha syarbatan ma’ (Hadithun sahih Rawahu At-Tarmizhi)
Maksud Hadith - "Jika Dunia menepati nilai sehelai sayap nyamuk disisi Allah, nescaya ( Allah ) tidak memberi minum kepada orang kafir walau seteguk."

Hadith 46
Hadith 46 - Man salaka Tareeqan yaltamisu feehi ‘ilman sahalallahu lahu Tareeqan ilal jannah (Hadithun hasan Rawahu At-Tarmizhi)
Maksud Hadith - "Barangsiapa yang berjalan mencari ilmu di sisi Allah, maka akan dipermudahkan baginya jalan ke syurga."

Hadith 47
Hadith 47 - Man Sallal ‘isya-a fee jama’atin faka-annama qama nisfu laili wa man Sallas Subha fee jama’atin faka-annama Sallal laila kullah (Rawahu Muslim)
Maksud Hadith - "Barangsiapa yang solat i’sya’ berjemaah seolah-olah dia telah bangun (beribadat) separuh malam, dan barangsiapa yang solat Subuh berjemaah seolah-olah dia telah bangun seluruh malam."

Hadith 48
Hadith 48 - Al-mar-u ma’a man ahab (Rawahu Bukhari)
Maksud Hadith - "Seseorang itu bersama orang yang dicintainya."

Hadith 49
Hadith 49- Ni’mal i-daamul khal (Rawahu Muslim)
Maksud Hadith - "Sebaik-baik makanan itu ialah cuka (bersyukur dengan apa yang ada - sedap atau tidak, berharga mahal atau tidak)"

Hadith 50
Hadith 50 - Hal tarzuqu na wa tanSuruuna illa bidhu’afa-eekum (Rawahu Bukhari)
Maksud Hadith - "Tidakkah kamu mengetahui bahawa rezeki dan pertolongan yang Allah berikan pada kamu itu tidak lain kerana du’a dari orang-orang yang miskin."

Hadith 51
Hadith 51 - Halakal mutanat-Ti-’un (Rawahu Muslim)
Maksud Hadith - "Hancurlah orang-orang yang melakukan kekerasan bukan pada tempatnya (perbuatan mahupun perkataan)."

Hadith 52
Hadith 52 - Wallazhi nafsi biyadihi laayu’minu ‘abdun hatta yuhibba li-akhi-hi ma yuhibbu linafsihi minal khair (Rawahu An-Nasa-i)
Maksud Hadith - "Demi nyawaku(diriku) di tangan Allah, tidak beriman seseorang itu sehingga dia mencintai saudaranya sepertimana dia cintai dirinya untuk kebaikan."

Hadith 53
Hadith 53 - La-akilun wa ana muttaki-un (Rawahul Bukhari)
Maksud Hadith - "Aku tidak memakan makanan dalam keadaan aku itu bersendeng (bersandar)."

Hadith 54
Hadith 54 - LaatuSaahibu illa mu’minan wala ya’kulu To’amaka illa taqi (Hadithu sahih Rawahu Ahmad)
Maksud Hadith - "Janganlah kamu itu berkawan kecuali dengan orang mukmin, dan janganlah kamu memberi makan kecuali pada orang yang bertaqwa."

Hadith 55
Hadith 55 - Lahaulawala quwwata illa billah dawa-un min tis-’atin wa tis-’in da-a aysaraha alhamu (Hadithu hasan Rawahu Ibni Abi Al-Duniya)
Maksud Hadith - “Tiada kekuatan melainkan dengan kuasa Allah” adalah penawar kepada 99 penyakit, yang paling kecil ialah penyakit rungsing/ risau( penyakit yang selalunya berkaitan dengan hati)."

Hadith 56
Hadith 56 - Yassiru wala tu-'assiruu wayubasy-syiru wala tunaffiru (Rawahu Al-Bukhari wa Muslim)
Makna Hadith - "Senangkanlah (permudahkanlah) dan jangan susahkan dan berilah khabar gembira dan jangan berikan khabar buruk (buatkan orang lari daripadamu)."

Hadith 57
Hadith 57 - Ya-u-mul qaumu aqra-uhum lilqur-an (Hadithun Sahih Rawahu Ahmad)
Maksud Hadith - "Orang yang paling patut (diutamakan) menjadi Imam dalam satu kaum adalah orang yang pandai membaca Al-Quran."

Hadith 58
Hadith 58 - Yaghfiru lilsyahidi kulla zhanbi-in illad-din (Rawahu Muslim)
Maksud Hadith - "Orang yang syahid adalah orang yang mati dalam peperangan kerana menegakkan agama Allah."

Hadith 59
Hadith 59 - Yaquulullahu ta’ala: Ana ‘inda Zanni ‘abdibi wa-ana ma-’ahu izha zhakarani fa-in zhakarani fi nafsihi zhakartuhu fi nafsi wa-in zhakarani fee mala-in zhakartuhu fee mala-in khairun minhum. Wa-in taqarraba ilayya syibra taqarrabath ilaihi zhira-’an wa-in taqarraba ilayya zharra-’a taqarrabtu ilaihi ba-’an wa-in a-tani yamsyi ataituhu harwalah (Rawahu Al-Bukhari wa Muslim)
Maksud Hadith - Firman Allah Ta'ala:"Aku berada pada i’tiqad hamba-hambaKu,dan Aku bersama mereka yang mengingatiku, bila mereka mengingatiku dalam diri mereka,Aku mengingati mereka dalam diriKU,jika mereka mengingatiKu di hadapan khalayak ramai, Aku mengingatinya di depan khalayak ramai yang lebih mulia daripada itu (para malaikat, anbiya’ , awliya’), jika hambaKu mendekatiku sejengkal, Aku mendekatinya sehasta, jika hambaKu mendekatiKu sehasta, Aku mendekatinya sedepa, dan jika dia mendatangiKu secara berjalan, Aku datanginya secara berlari."

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments: